5 star review  Mmg terbaik..kami pasti dtg lagi..trma kasih kpd en.yus n p.latipah

thumb Ariffin Ariffin
1/28/2017

Homestay Ummi, Bukit Payong

Rumah banglo setingkat yang menawarkan privasi dengan halaman luas dikelilingi pokok buah-buahan menghijau. Lengkap dan selesa dengan aircon, kipas siling, WiFi, TV satelit, dapur lengkap dan ruang bersantai bersama keluarga.

Sesuai untuk rombongan merisik, meminang, bertandang, nikah, kahwin, kenduri di sekitar Kuala Terengganu, Marang, Bukit Payong, Padang Midin, Cendering, Kedai Buloh, Atas Tol, Wakaf Tapai, Ajil, Kuala Berang, Pengadang Baru, Rawai, Tebakang, Bukit Sawa, Binjai Rendah, Taman Safiah Murni dll.

Lokasi yang sentral sebagai penginapan pilihan anda untuk melawat destinasi pelancongan seperti Pasar Payang, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Masjid Terapung, Muzium Negeri, Pantai Batu Buruk, Pantai Chendering, Pantai Kelulut, Jambatan Angkat Muara Sungai Terengganu, Pulau Duyong, Kompleks Kraf Nur Arfa Batik, Air Terjun Sekayu, Tasik Kenyir, Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Gemia dan banyak lagi tarikan negeri Terengganu.

Juga terletak hampir dengan Kem PLKN Padang Kachong, Kolej TESDEC, Kolej Universiti UCSI, Kolej Pendidikan Chendering, UiTM Chendering, Akademi Bomba Wakaf Tapai, IKBN Wakaf Tapai, Institut Quran, Kampus Baru UMT Bukit Kor, Kem Askar Wataniah Padang Midin dan lain-lain lagi.

Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan, sila hubungi
014-650 6416 / 09-6193319

Selamat Datang ke Terengganu

 

Terengganu menyimpan pelbagai sejarah yang masih belum diketahui, dan ramai yang tidak mengetahui bahawa sejarah ini bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu. Penemuan fosil di Gua Bewah, Tasik Kenyir telah membuktikan penempatan manusia di Zaman Batu iaitu seawal 8,000 hingga 20,000 tahun dahulu. Terengganu juga pernah disebut dalam sejarah lama Cina, dan dipanggil “Teng-ngan-yu” pada abad ke-12, di mana ia merupakan sebuah pelabuhan utama untuk melakukan perdagangan. Ia menjadi sebahagian daripada Empayar Sri Wijaya semasa abad ke-2. Ptolemy, ahli astronomi Greek yang hidup semasa zaman pemerintahan Sri Wijaya, turut menyebut tentang dua pelabuhan di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Primula dan Kole, di pantai timur Terengganu.

Batu Bersurat Terengganu adalah satu penemuan penting yang telah membuktikan kedatangan awal Islam pada abad ke-14 di negara ini, bahkan mendahului Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Seterusnya pada abad ke-18, Kesultanan Terengganu pula ditubuhkan oleh Tun Zainal Abidin I.

Sifat rakyat Terengganu yang rajin dan tekun telah menjadikan Terengganu masyhur dan terkenal pada abad ke-19. Hugh Clifford, Residen British di Pahang dalam catatannya pernah menyatakan ketakjubannya terhadap negeri Terengganu. Beliau mendapati Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya dengan kraftangan tradisional dan pelbagai industri, dari pembinaan bot, ukiran kayu, tembaga, songket dan batik, sehinggalah kepada pembinaan rumah tanpa menggunakan paku. Sungai Terengganu turut menjadi pusat perdagangan yang sangat sibuk, dan pernah mendapat jolokan “Birmingham of Peninsula”, yang melambangkan kepelbagaian industri yang terdapat di Terengganu. Bahkan, sejarawan turut menganggap Terengganu sebagai pusat bermulanya ketamadunan Melayu.