5 star review  1- Homestay Ummi mula beroperasi pada Tahun 2014.. 2- Homestay ummi adalah penginapan terbaik kerana penginapan yang sangat selesa serta berdekatan dengan tempat beriadah dan pemandangan yang sungguh cantik sekali..���� #3TahunHomestayUmmi

thumb Lara Hati Sakura
9/15/2017

Homestay Ummi, Bukit Payong

Rumah banglo setingkat yang menawarkan privasi dengan halaman luas dikelilingi pokok buah-buahan menghijau. Lengkap dan selesa dengan aircon, kipas siling, WiFi, TV satelit, dapur lengkap dan ruang bersantai bersama keluarga.

Sesuai untuk rombongan merisik, meminang, bertandang, nikah, kahwin, kenduri di sekitar Kuala Terengganu, Marang, Bukit Payong, Padang Midin, Cendering, Kedai Buloh, Atas Tol, Wakaf Tapai, Ajil, Kuala Berang, Pengadang Baru, Rawai, Tebakang, Bukit Sawa, Binjai Rendah, Taman Safiah Murni dll.

Lokasi yang sentral sebagai penginapan pilihan anda untuk melawat destinasi pelancongan seperti Pasar Payang, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Masjid Terapung, Muzium Negeri, Pantai Batu Buruk, Pantai Chendering, Pantai Kelulut, Jambatan Angkat Muara Sungai Terengganu, Pulau Duyong, Kompleks Kraf Nur Arfa Batik, Air Terjun Sekayu, Tasik Kenyir, Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Gemia dan banyak lagi tarikan negeri Terengganu.

Juga terletak hampir dengan Kem PLKN Padang Kachong, Kolej TESDEC, Kolej Universiti UCSI, Kolej Pendidikan Chendering, UiTM Chendering, Akademi Bomba Wakaf Tapai, IKBN Wakaf Tapai, Institut Quran, Kampus Baru UMT Bukit Kor, Kem Askar Wataniah Padang Midin dan lain-lain lagi.

Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan, sila hubungi
014-650 6416 / 09-6193319

Acara & Aktiviti

Jika anda menggemari aktiviti luar, kebudayaan, pengembaraan ataupun mencintai kedamaian dan ketenangan, Terengganu adalah tempat yang anda cari selama ini. Tarikan semula jadi kami yang indah – dari pulau-pulau dan pantai ke kampung dan desa, sehinggalah ke Tasik Kenyir, pasti akan memberikan anda pelbagai pilihan aktiviti yang boleh dilakukan untuk percutian yang lebih bermakna.

Pembuatan Batik

Anda boleh melawat kilang pembuatan batik untuk melihat sendiri bagaimana seni fabrik ini dihasilkan. Kompleks Kraf Noor Arfa di Cendering hanya 15 minit perjalanan dari Homestay Ummi.

Fotografi

Lokasi-lokasi menarik sekitar Terengganu menjanjikan keistimewaan tersendiri untuk penggemar seni fotografi berlatarbelakangkan bangunan lama, masjid dan pantai.

Bersantai

Taman Tamadun Islam yang terletak berhampiran dengan Muzium Negeri juga tidak patut dilepaskan. Di sini anda boleh bergambar berlatarbelakangkan replika monumen-monumen dunia Islam.

Melawat Muzium

Kompleks Muzium Negeri Terengganu merupakan muzium terbesar di Asia Tenggara, menempatkan pelbagai galeri yang menarik untuk dilawati bersama keluarga.

Sains & Kreativiti

Bawalah anak-anak anda ke Pusat Sains & Kreativiti Terengganu untuk belajar sesuatu yang baru tentang sains dan mengembangkan kreativiti

Bermain Wau

Wau dan layang-layang merupakan permainan tradisi penduduk pantai timur dan aktiviti ini masih lagi popular ketika hujung minggu di pantai-pantai peranginan sekitar Terengganu.

Kayak

Sungai Berang di Hulu Terengganu sesuai untuk aktiviti ini di mana anda boleh berkayak sejauh 15km. Terokai laluan sungai menyusuri rimbunan kehijauan hutan yang adakalanya kelihatan seperti terowong nan hijau.

Aktiviti Air

Kawasan sungai dan laut di negeri Terengganu adalah sesuai untuk pelbagai aktiviti sukan air seperti meluncur, bersampan dan sebagainya.

Memancing

Sama ada di tasik atau di laut, Terengganu menjanjikan kenangan indah kepada kaki pancing dengan lubuk-lubuk memancing yang tidak terdapat di tempat-tempat lain.

Snorkeling

Pulau-pulau peranginan di Terengganu seperti Kapas, Redang dan Perhentian terkenal dengan kejernihan air dan pelbagai spesis batu karang dan hidupan marin yang pastinya menjanjikan kenangan manis buat anda.

Menyelam

Bagi yang menggemari aktiviti scuba diving, terdapat banyak lokasi selaman di sekitar pulau Redang, Perhentian, Kapas dan Tenggol menanti anda.

Mencandat Sotong

Perairan sekitar Pulau Kapas adalah tempat aktiviti mencandat sotong dijalankan secara tahunan ketika musimnya.

Memerhati Burung

Terengganu mempunyai sebanyak 290 spesies burung. Terdapat 10 spesies burung enggang di Malaysia dan 9 daripada mereka yang terdapat di Terengganu.

Melihat Gajah

Nikmati kehijauan alam sambil memerhatikan gajah, selain berpeluang berinteraksi dengan mamalia darat terbesar ini di Kenyir Elephant Village

Bermain dengan Penyu

Kunjungan anda ke negeri Terengganu tidak lengkap sekiranya tidak berpeluang melihat sendiri penyu yang dipelihara di santuari penyu ataupun ketika aktiviti snorkeling dan scuba diving.

Keropok Lekor

Tidak lengkap kunjungan anda ke Terengganu sekiranya tidak membawa pulang keropok lekor dan keropok keping sebagai buah tangan kepada rakan-rakan.

Berkelah & BBQ

Untuk mengisi masa berkualiti bersama, bawa keluarga anda berkelah dan BBQ di tepi pantai dan air terjun, ataupun buat aktiviti BBQ di homestay pada waktu malam.