5 star review  Recemonded!!!! Selesa ..umah cantik..kemas.. mendamaikan.. sentral.... fasiliti 5 star... kedai 24jam dobi restoran dan lain2

thumb Hasan Hashim
10/02/2016

Homestay Ummi, Bukit Payong

Rumah banglo setingkat yang menawarkan privasi dengan halaman luas dikelilingi pokok buah-buahan menghijau. Lengkap dan selesa dengan aircon, kipas siling, WiFi, TV satelit, dapur lengkap dan ruang bersantai bersama keluarga.

Sesuai untuk rombongan merisik, meminang, bertandang, nikah, kahwin, kenduri di sekitar Kuala Terengganu, Marang, Bukit Payong, Padang Midin, Cendering, Kedai Buloh, Atas Tol, Wakaf Tapai, Ajil, Kuala Berang, Pengadang Baru, Rawai, Tebakang, Bukit Sawa, Binjai Rendah, Taman Safiah Murni dll.

Lokasi yang sentral sebagai penginapan pilihan anda untuk melawat destinasi pelancongan seperti Pasar Payang, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Masjid Terapung, Muzium Negeri, Pantai Batu Buruk, Pantai Chendering, Pantai Kelulut, Jambatan Angkat Muara Sungai Terengganu, Pulau Duyong, Kompleks Kraf Nur Arfa Batik, Air Terjun Sekayu, Tasik Kenyir, Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Gemia dan banyak lagi tarikan negeri Terengganu.

Juga terletak hampir dengan Kem PLKN Padang Kachong, Kolej TESDEC, Kolej Universiti UCSI, Kolej Pendidikan Chendering, UiTM Chendering, Akademi Bomba Wakaf Tapai, IKBN Wakaf Tapai, Institut Quran, Kampus Baru UMT Bukit Kor, Kem Askar Wataniah Padang Midin dan lain-lain lagi.

Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan, sila hubungi
014-650 6416 / 09-6193319

Makanan

Sesiapa sahaja yang berkunjung ke Terengganu pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merasai keenakan nasi dagang dan keropok lekor. Bagi mereka yang baru mengenali Terengganu, hidangan kami biasanya berasaskan ikan dan beras pulut yang menjadi sumber karbohidrat untuk tenaga. Manisan-manisan kami juga unik dan adakalanya mempunyai nama yang agak lucu.

Biar Video Berbicara…

Luke Martin mencuba pelbagai makanan Terengganu, antaranya nasi kerabu, lemang, sata, nasi dagang.

Empat sekawan mengembara sekitar Terengganu untuk mencuba makanan di sini

Vitdaily datang ke Kuala Terengganu untuk mencuba makanan di sini

Vitdaily datang lagi, kali ni mencuba jering rebus di Pasar Bukit Payong – dekat dengan homestay kami

Kali ni Zizan pulak yang perkenalkan makanan-makanan terbaik negeri Terengganu

The Vocket rekemen beberapa tempat makan best di Terengganu

Bagi peminat nasi dagang tegar, Saji.My senaraikan beberapa lokasi nasi dagang sedap