5 star review  Jawapan 1: Homestay Ummi mula beroperasi pada tahun 2014 Jawapan slogan 2: Homestay Ummi adalah penginapan terbaik kerana... √ pakej penginapan murah & lengkap kemudahan √Lokasi strategi berhampiran bandar & kawasan pelancongan √ Layanan yang tiptop� √ Ruang tamu dan bilik yang lebih luas dan selesa. √ Dapat memuatkan lebih ramai orang dalam sebuah rumah √ Harga sewa jauh lebih murah √ Mempunyai dapur dan peralatan untuk memasak. √ Suasana homestay ala ala balik kampung sendiri √ Hubungan kekeluargaan selesa seperti berada di rumah sendiri. √Parking Luas √ Bebas bersantai di halaman sambil makan buah buahan dusun sambil mata di saji dengan lanskap halaman bunga orkid dan pohon pohon kehijauan. √Servis 5 bintang Untuk Homestay ummi #3TahunHomestayUmmi

thumb Mohd Azry Jaihan
9/13/2017

Homestay Ummi, Bukit Payong

Rumah banglo setingkat yang menawarkan privasi dengan halaman luas dikelilingi pokok buah-buahan menghijau. Lengkap dan selesa dengan aircon, kipas siling, WiFi, TV satelit, dapur lengkap dan ruang bersantai bersama keluarga.

Sesuai untuk rombongan merisik, meminang, bertandang, nikah, kahwin, kenduri di sekitar Kuala Terengganu, Marang, Bukit Payong, Padang Midin, Cendering, Kedai Buloh, Atas Tol, Wakaf Tapai, Ajil, Kuala Berang, Pengadang Baru, Rawai, Tebakang, Bukit Sawa, Binjai Rendah, Taman Safiah Murni dll.

Lokasi yang sentral sebagai penginapan pilihan anda untuk melawat destinasi pelancongan seperti Pasar Payang, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Masjid Terapung, Muzium Negeri, Pantai Batu Buruk, Pantai Chendering, Pantai Kelulut, Jambatan Angkat Muara Sungai Terengganu, Pulau Duyong, Kompleks Kraf Nur Arfa Batik, Air Terjun Sekayu, Tasik Kenyir, Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Gemia dan banyak lagi tarikan negeri Terengganu.

Juga terletak hampir dengan Kem PLKN Padang Kachong, Kolej TESDEC, Kolej Universiti UCSI, Kolej Pendidikan Chendering, UiTM Chendering, Akademi Bomba Wakaf Tapai, IKBN Wakaf Tapai, Institut Quran, Kampus Baru UMT Bukit Kor, Kem Askar Wataniah Padang Midin dan lain-lain lagi.

Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan, sila hubungi
014-650 6416 / 09-6193319

Tempat Menarik di Terengganu

 

Muzium Negeri

  • Kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara dengan kawasan seluar 27 hektar
  • Mempunyai 10 galeri utama (Galeri DiRaja, Galeri Tekstil, Galeri Kraftangan, Galeri Petroleum, Galeri Sejarah, Galeri Senjata, Galeri Sumber Alam, Galeri Pelayaran dan Perdagangan serta Galeri Perikanan dan Taman Laut.)
  • Mempamerkan Batu Bersurat Asal Terengganu di pintu masuk utama Muzium Terengganu.
  • Istana tradisional Terengganu yang asal digubah dan dibina semula di kawasan muzium.
  • Jarak dari Homestay Ummi: 15minit

Taman Tamadun Islam

  • Taman Tamadun Islam adalah taman tema hiburan pendidikan berkonsepkan Islam yang pertama di dunia.
  • Mempunyai 22 buah replika monumen dan masjid terkenal dari seluruh dunia dan juga replika kincir air tradisional.
  • Terdapat kedai cenderahati, restoran dan dewan konvensyen untuk kemudahan pengunjung.
  • Menyediakan makan malam di atas bot Cruise, menyusuri pulau-pulau dan sungai Terengganu
  • Jarak dari Homestay Ummi: 15 minit

Masjid Kristal

  • Sebahagian daripada Taman Tamadun Islam
  • Senibina unik daripada kristal dan kaca
  • Terletak di tebing Sungai Terengganu yang menjanjikan pemandangan menarik
  • Jarak dari Homestay Ummi: 15minit

Pasar Payang

  • Terletak di tepi muara Sungai Terengganu, ianya merupakan pasar basah dan kering utama tumpuan masyarakat pelbagai bangsa dan budaya.
  • Pasar Payang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian, cenderamata, makanan, pelbagai produk segar dari laut, daging, ayam, sayuran, rempah ratus, buah – buahan dan lain-lain barangan keperluan dapur.
  • Ruangan atas menawarkan barangan cenderahati seperti songket, batik, produk kraftangan, barangan tembaga, baju lelaki dan wanita, kuih muih tradisional serta lain – lain barangan keperluan harian.
  • Terdapat juga medan selera yang menawarkan makanan sarapan pagi yang pelbagai.
  • Salah satu daripada pasaran yang paling popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong ke Terengganu
  • Pertukangan Tangan, Brasswares, Batik, Songket, kraftangan, cenderamata adalah antara barangan yang dijual di pasar
  • Jarak dari Homestay Ummi: 15minit

Noor Arfa Craft

  • Kompleks Batik terbesar di Malaysia
  • Demontrasi songket tenunan
  • Demontrasi cetakan batik dari pencanting batik
  • Bilik pameran Batik dan Sutera Terengganu
  • Jarak dari Homestay Ummi: 10minit

Masjid Terapung

  • Masjid Terapung atau nama sebenarnya Masjid Tengku Tengah Zaharah, menonjolkan senibina Islam dan terletak di dalam lagun Sungai Ibai.
  • Apabila air pasang, paras air yang meningkat menutupi tiang-tiang mewujudkan ilusi sebuah masjid terapung.
  • Terdapat kedai-kedai cenderamata di sekitar yang menjadi tumpuan kepada pengunjung yang singgah di salah satu mercutanda popular di Kuala
    Terengganu ini.