Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai, Terengganu atau nama lamanya Pusat Latihan Belia Negeri Terengganu telah ditubuhkan pada 2 November 1979 oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Ia diwujudkan atas kesedaran Kerajaan Negeri betapa pentingnya belia-belia lepasan sekolah didedahkan kepada latihan kemahiran. Juga bertujuan untuk menampung permintaan tenaga kerja separuh mahir akibat dari usaha pembangunan yang dilaksanakan oleh sektor awam dan swasta. Selain dari itu, Kerajaan Negeri juga sedar akan terhadnya peluang dan tempat latihan yang sedia ada untuk belia lepasan sekolah.

Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan pada ketika itu telah diminta oleh Kerajaan Negeri untuk memberikan khidmat nasihat dan bantuan bagi memulakan operasi dari segi tenaga pengajar dan ko-kurikulum.

Pengambilan pertama pada 2 November 1979 adalah seramai 70 orang pelatih dalam 3 jurusan iaitu Kursus Jahitan, Kimpalan dan Binaan Bangunan. Pada tahun 1983, 2 lagi jurusan telah ditambah iaitu Tukang Paip dan Juru Elektrik. Corak latihan pada ketika itu adalah Latihan Pembina-Pelopor. Kemudian pada tahun 1985, corak latihan telah bertukar kepada Sistem Latihan Bersepadu ( Intergrated Approach ) dimana komponennya 70 % Latihan Kemahiran dan 30 % Latihan Pembangunan Insan.

SENARAI KURSUS yang ditawarkan oleh IKBN Wakaf Tapai:

  • Sijil Teknologi Awam (Pemasangan Paip) SKM 2
  • Sijil Teknologi Awam (Penyelenggaraan Bangunan) SKM 2
  • Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Pemasangan Paip) SKM 3
  • Sijil Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Satu Fasa – PW2) – PST
  • Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Tiga Fasa – PW4) – PST
  • Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Kimpalan) SKM 3
  • Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Operasi Fabrikasi Paip) SKM 3
  • Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Wanita) SKM 3
  • Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Lelaki) SKM 3
  • Diploma Lanjutan Teknologi Tekstil (Rekaan Fesyen & Pakaian) SKM 4

 

 

 

Jarak Homestay Ummi Bukit Payong ke IKBN Wakaf Tapai

Homestay Ummi, Bukit Payong terletak kira-kira 13km ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, Marang, Terengganu.