Rejimen Askar Wataniah merupakan pasukan simpanan di dalam Tentera Darat Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat. Rejimen Askar Wataniah merupakan benteng terakhir tentera darat dalam medan pertempuran. Rejimen Askar Wataniah telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Jun 1958.

Terdapat beberapa pecahan elemen dalam struktur askar wataniah. Antaranya adalah;

  • Tempur
  • Bantuan tempur
  • Bantuan perkhidmatan
  • Pakar
  • PALAPES
  • Pengurusan sempadan

Setiap kor dan rejimen dalam Tentera Darat Malaysia memiliki pasukan askar wataniahnya sendiri kecuali Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Rejimen Gerak Khas (GGK) dan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

Elemen pakar adalah bidang khusus tertentu di dalam wataniah. Contohnya. Pakar pelabuhan, pakar semboyan, pakar bekalan air, pakar stesen janakuasa elektrik. PALAPES adalah pasukan melatih kadet yang terdiri dari mahasiswa untuk ditauliahkan sebagai pegawai askar wataniah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Pasukan Kerahan (Siri 300) adalah pasukan wataniah yang berkhidmat sepenuh masa. Tugasnya sama seperti pasukan tetap. Cawangan latih ialah pasukan yang melatih sekumpulan atau sesaorang untuk direkrutkan menjadi askar wataniah. Setiap Pasukan wataniah dibawah pengurusan Rejimen Askar Wataniah (RAW), kecuali bantuan tempur. bantuan perkhidmatan dan elemen pakar.

Rejimen 512 Askar Wataniah
Kem Padang Midin
21400 Kuala Berang
Terengganu
Tel: 09-6191644/645

 

Kampung Padang Midin

Padang Midin ialah sebuah kampung yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar raya Kuala Terengganu (lazim dikenali sebagai “KT”) dan terletak di dalam daerah Kuala Terengganu, Terengganu. Keluasan kampung ialah sekitar dalam 2 km persegi dan kepadatan penduduk dianggarkan antara 100 ke 500 orang/km2.

Bersempadan dengan Bukit Payong dan Pengadang Baru, Kampung Padang Midin menjadi laluan utama pelancong ke pusat-pusat pelancongan yang terkenal iaitu Kuala Berang, Sekayu dan Tasik Kenyir. Kampung ini juga merupakan jalan darat yang utama yang menghubungkan kampung-kampung kecil di pedalaman seperti Kampung Tok Hakim dan Kampung Kubang Panjang.

Jarak Homestay Ummi Bukit Payong ke Kem Wataniah AW512 Padang Midin

Homestay Ummi Bukit Payong terletak kira-kira 4km ke Kem Padang Midin.