5 star review  Best! klu cari homestay jenis banglo (bukan rumah teres), sinilah tempatnya.

thumb Faheroes Penew
6/05/2017

Homestay Ummi, Bukit Payong

Rumah banglo setingkat yang menawarkan privasi dengan halaman luas dikelilingi pokok buah-buahan menghijau. Lengkap dan selesa dengan aircon, kipas siling, WiFi, TV satelit, dapur lengkap dan ruang bersantai bersama keluarga.

Sesuai untuk rombongan merisik, meminang, bertandang, nikah, kahwin, kenduri di sekitar Kuala Terengganu, Marang, Bukit Payong, Padang Midin, Cendering, Kedai Buloh, Atas Tol, Wakaf Tapai, Ajil, Kuala Berang, Pengadang Baru, Rawai, Tebakang, Bukit Sawa, Binjai Rendah, Taman Safiah Murni dll.

Lokasi yang sentral sebagai penginapan pilihan anda untuk melawat destinasi pelancongan seperti Pasar Payang, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Masjid Terapung, Muzium Negeri, Pantai Batu Buruk, Pantai Chendering, Pantai Kelulut, Jambatan Angkat Muara Sungai Terengganu, Pulau Duyong, Kompleks Kraf Nur Arfa Batik, Air Terjun Sekayu, Tasik Kenyir, Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Gemia dan banyak lagi tarikan negeri Terengganu.

Juga terletak hampir dengan Kem PLKN Padang Kachong, Kolej TESDEC, Kolej Universiti UCSI, Kolej Pendidikan Chendering, UiTM Chendering, Akademi Bomba Wakaf Tapai, IKBN Wakaf Tapai, Institut Quran, Kampus Baru UMT Bukit Kor, Kem Askar Wataniah Padang Midin dan lain-lain lagi.

Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan, sila hubungi
014-650 6416 / 09-6193319

Kemudahan Homestay

Untuk memastikan keselesaan anda ketika menginap di sini, Homestay Ummi dilengkapi kemudahan seperti berada di rumah sendiri. Kami juga sentiasa menambahbaik dan mempertingkatkan kemudahan-kemudahan ini dari masa ke masa.

Ruang Rehat/Santai

Selepas balik daripada berjalan-jalan, pulang ke homestay & berehat bersama keluarga di ruang rehat kami yang selesa dan luas.

TV

Bersantai bersama keluarga sambil menonton TV, seperti di rumah sendiri

WiFi

Kemudahan wifi internet disediakan untuk memudahkan anda memuatnaik gambar-gambar kenangan di Terengganu

Halaman

Kami turut menyediakan halaman yang luas dan indah untuk bersantai di luar rumah sambil bertemankan kicauan burung

Bilik Tidur

Untuk keselesaan anda sepanjang malam, kami lengkapkan setiap bilik tidur dengan katil bersaiz queen yang empuk dan selesa.

Aircond

Bilik tidur utama dilengkapi kemudahan pendingin udara (aircond) manakala bilik lain dilengkapi kipas siling

Bilik Mandi

Sabun mandi & tuala disediakan. Jangan lupa lirik!

Dapur

Selain menjamu selera makanan Terengganu di luar, anda juga boleh memasak sendiri di dapur lengkap yang kami sediakan.

Dapur & Peralatan Memasak

Bilik tidur utama dilengkapi kemudahan pendingin udara (aircond) manakala bilik lain dilengkapi kipas siling

Coffee, Tea or Me

Kemudahan membuat kopi atau teh disediakan

Perkhidmatan
Selain daripada pelbagai kemudahan yang disediakan, kami turut menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tambahan sekiranya diperlukan, seperti:
  • Pengangkutan dan sewaan kenderaan sama ada pandu sendiri atau dengan pemandu
  • Tempahan katering makanan tradisional Terengganu seperti nasi dagang, keropok lekor, kuih muih tradisional dan sebagainya.
  • Lawatan ke tempat-tempat menarik.
  • Pakej memancing & mencandat sotong.
  • dan lain-lain lagi.
Sila berhubung dengan kami untuk maklumat lanjut dan tempahan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum check in.