5 star review  Berbaloi-baloi. Sewa homestay dpt 3 bilik..kemudahan banyak, boleh masak..ruang luas dan selesa..terima kasih tuan rumah 🙂

thumb Max Xam
5/09/2017

Homestay Ummi, Bukit Payong

Rumah banglo setingkat yang menawarkan privasi dengan halaman luas dikelilingi pokok buah-buahan menghijau. Lengkap dan selesa dengan aircon, kipas siling, WiFi, TV satelit, dapur lengkap dan ruang bersantai bersama keluarga.

Sesuai untuk rombongan merisik, meminang, bertandang, nikah, kahwin, kenduri di sekitar Kuala Terengganu, Marang, Bukit Payong, Padang Midin, Cendering, Kedai Buloh, Atas Tol, Wakaf Tapai, Ajil, Kuala Berang, Pengadang Baru, Rawai, Tebakang, Bukit Sawa, Binjai Rendah, Taman Safiah Murni dll.

Lokasi yang sentral sebagai penginapan pilihan anda untuk melawat destinasi pelancongan seperti Pasar Payang, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Masjid Terapung, Muzium Negeri, Pantai Batu Buruk, Pantai Chendering, Pantai Kelulut, Jambatan Angkat Muara Sungai Terengganu, Pulau Duyong, Kompleks Kraf Nur Arfa Batik, Air Terjun Sekayu, Tasik Kenyir, Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Gemia dan banyak lagi tarikan negeri Terengganu.

Juga terletak hampir dengan Kem PLKN Padang Kachong, Kolej TESDEC, Kolej Universiti UCSI, Kolej Pendidikan Chendering, UiTM Chendering, Akademi Bomba Wakaf Tapai, IKBN Wakaf Tapai, Institut Quran, Kampus Baru UMT Bukit Kor, Kem Askar Wataniah Padang Midin dan lain-lain lagi.

Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan, sila hubungi
014-650 6416 / 09-6193319

Soalan Lazim

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Homestay Ummi? Dapatkan penjelasan kami di sini.

Berapa kapasiti Homestay Ummi?

Homestay Ummi merupakan rumah banglo setingkat 3 bilik tidur + 2 bilik air.

Terdapat sebuah katil saiz queen di dalam setiap bilik serta satu tilam tambahan di dalam bilik ketiga. Untuk kelesesaan, Homestay Ummi disarankan untuk 3-8 orang dewasa pada satu-satu masa.

Sekiranya anda masih memerlukan tempat tidur tambahan, kami juga menyediakan beberapa comforter tambahan, sekiranya perlu.

Jika masih tidak cukup, anda boleh membawa beberapa khemah dan bercamping/glamping di halaman homestay. Suasana homestay yang mendamaikan dikelilingi pokok-pokok menghijau dan pekikan cengkerik pada waktu malam, seolah-olah berkhemah di dalam hutan 🙂

Berapa jarak Homestay Ummi dari ... ?

Kami ada menyediakan panduan jarak Homestay Ummi dari/ke tempat-tempat kunjungan utama dan institusi utama di sekitar Terengganu. Sila rujuk halaman: LOKASI HOMESTAY

Adakah kawasan halaman Homestay Ummi luas untuk parking?

Ya. Kawasan homestay kami boleh memuatkan kira-kira 10 biji kereta pada satu-satu masa.

 

Bagaimana untuk membuat tempahan Homestay Ummi?

Tempahan penginapan Homestay Ummi boleh dilakukan melalui beberapa kaedah, mengikut keselesaan anda.

  • Manual (Tempah & Bank in Deposit)
    • Hubungi kami untuk tempahan pada tarikh yang diperlukan
    • Buat bayaran deposit sebanyak RM100 melalui akaun bank
    • Bayar baki semasa check in
  • Online menggunakan kad kredit/kad debit (tertakluk kepada caj perkhidmatan)
    • Agoda.com
    • Airbnb.com
    • Tripadvisor.com.my
    • inapdesa.com
    • dan lain-lain booking website
Bolehkan kami check in awal daripada masa yang ditetapkan (3pm)?

Kami akan cuba memenuhi permintaan anda sekiranya Homestay sudah sedia untuk dimasuki, sebagai contoh: tiada penyewa sebelumnya. Walau bagaimanpun, kami memohon kerjasama untuk mengikut masa yang ditetapkan supaya kami boleh mengemaskan homestay dahulu sekiranya ada penyewa sebelum anda.

Bolehkah kami check out lambat / lebih jam 12 tengah hari?

Kami memohon kerjasama dan pertimbangan anda untuk mengikut masa check out yang ditetapkan. Ini adalah untuk memastikan kami mempunyai masa yang cukup untuk mengemaskan homestay bagi menerima tetamu yang akan check in selepas anda. Terima kasih 🙂

Bolehkah kami memasak di Homestay Ummi?

Boleh. Homestay kami dilengkapi dapur lengkap (dapur kering dan dapur basah) dengan peti sejuk, peralatan memasak, kutleri. Resipi, dijual berasingan hehe 🙂

Apakah saluran TV yang terdapat di Homestay Ummi?

Kami menyediakan saluran Astro Njoi untuk kemudahan tontonan tetamu kami. Senarai saluran adalah seperti berikut:

  • TV1 (101)
  • TV2 (102)
  • TV3 (103)
  • Astro Prima (105)
  • Astro Oasis (106)
  • NTV7 (107)
  • TV-i (109)
  • Al-Hijrah (114)
  • TV9 (119)
  • Astro Maya HD (135)
  • Astro Awani (501)
  • Bernama News (502)
  • TV8 (708)
  • dan lain-lain lagi

Senarai penuh semua saluran ada disediakan di ruangan TV untuk rujukan anda.

Berapakah kelajuan WiFi di Homestay Ummi?

Berdasarkan ujian, kelajuan WiFi di Homestay Ummi adalah sekitar 6-10Mbps (bergantung kepada kestabilan). Kelajuan ini cukup untuk membaca email, melayari laman web, facebook, instagram dan sebagainya. Password WiFi disediakan di ruangan TV bersama senarai saluran TV.

Adakah Homestay Ummi mempunyai kemudahan mesin basuh & seterika?

Ya. Kami ada menyediakan mesin basuh dan seterika untuk kemudahan tetamu kami. Juga terdapat ampaian untuk menjemur pakaian.

Bolehkah tetamu makan buah-buahan di pokok yang terdapat di halaman homestay?

Ya, boleh – untuk tujuan makan sekadar perlu dan bukan untuk dipetik dan dijual semula di pasar yang terletak berhampiran dengan Homestay kami. 

Bolehkah tetamu mengadakan acara BBQ di Homestay Ummi?

Ya, boleh. Sila hubungi kami untuk pre-book peralatan BBQ sekurang-kurangnya 3 hari sebelum check in. Kami menyediakan dapur BBQ (pit) serta peralatan seperti pengepit dll. Tetamu perlu membeli arang sendiri & jangan sesekali tebang pokok rambutan kami untuk dijadikan arang 🙂

Adakah Homestay Ummi menawarkan diskaun untuk sewaan jangka panjang?

Tentu sekali. Sekiranya anda memerlukan sewaan homestay untuk jangka panjang (melebihi 5 malam), kami sedia untuk menawarkan diskaun khas untuk anda. Sila hubungi kami untuk berbincang lebih lanjut.

Berapakah amaun deposit yang dikenakan untuk tempahan?

Untuk tempahan yang dibuat melebihi 14 hari daripada tarikh check in, deposit untuk tempahan adalah RM100 sahaja.
Untuk tempahan yang dibuat kurang daripada 14 hari daripada tarikh check in, jumlah penuh diperlukan untuk tempahan.

Adakah sewaan Homestay Ummi dikenakan Cukai GST/SST?

Tidak.

Adakah sewaan Homestay Ummi dikenakan Cukai Pelancongan (Tourism Tax)?

Tidak. Homestay kami tidak tertakluk di bawah Akta Cukai Pelancongan 2017.

Bolehkah Homestay Ummi mengeluarkan resit bayaran?

Boleh. Resit dikeluarkan atas permintaan tetamu. Sila maklumkan kepada kami semasa check out. Resit akan dihantar melalui e-mail kepada anda.

Sekiranya saya tertinggal barangan peribadi di Homestay Ummi selepas check out, bolehkah saya mendapatkannya semula?

Boleh, sekiranya pihak kami berjaya menjumpai barangan tersebut, kami akan menyimpannya untuk anda tuntut kembali. Sekiranya perlu, kami juga boleh menghantarkannya kepada alamat anda secara pos/kurier (dengan caj). 

Bagaimana sekiranya saya mempunyai soalan yang lain?

Anda boleh menghubungi kami untuk pertanyaan lanjut.

Testimoni Tetamu Kami

  • 5 star review  Antara penginapan terbaik n selesa bila berkunjung ke trg...

    thumb Alizawani Saat
    12/23/2017

    5 star review  Best! klu cari homestay jenis banglo (bukan rumah teres), sinilah tempatnya.

    thumb Faheroes Penew
    6/05/2017

    5 star review  Jawapan 1: Homestay Ummi mula beroperasi pada tahun 2014 Jawapan slogan 2: Homestay Ummi adalah penginapan terbaik kerana... √ pakej penginapan murah & lengkap kemudahan √Lokasi strategi berhampiran bandar & kawasan pelancongan √ Layanan yang tiptop� √ Ruang tamu dan bilik yang lebih luas dan selesa. √ Dapat memuatkan lebih ramai orang dalam sebuah rumah √ Harga sewa jauh lebih murah √ Mempunyai dapur dan peralatan untuk memasak. √ Suasana homestay ala ala balik kampung sendiri √ Hubungan kekeluargaan selesa seperti berada di rumah sendiri. √Parking Luas √ Bebas bersantai di halaman sambil makan buah buahan dusun sambil mata di saji dengan lanskap halaman bunga orkid dan pohon pohon kehijauan. √Servis 5 bintang Untuk Homestay ummi #3TahunHomestayUmmi

    thumb Mohd Azry Jaihan
    9/13/2017
  • 5 star review  Terbaik..selesa..bersih..murah..damai..luas!!..fully recomended

    thumb Nik Mohd Fakrul Hisyam
    9/02/2015

    5 star review  Berbaloi-baloi. Sewa homestay dpt 3 bilik..kemudahan banyak, boleh masak..ruang luas dan selesa..terima kasih tuan rumah 🙂

    thumb Max Xam
    5/09/2017

    5 star review  BISMILLAHIRAHMANIRAHIM JAWAPAN SOALAN 1: Homestay Ummi Mula beroperasi pada tahun 2014 JAWAPAN LENGKAPKAN SLOGAN SOALAN 2 : Homestay Ummi adalah penginapan terbaik kerana.... Suasana homestay Ummi dalam taman & dusun buah-buahan malah persekitaran homestay Ummi menawarkan kawasan ruang privasi yang selesa nyaman serta kemudahan lengkap seperti aircond, wifi, tv, dapur, mesin basuh ,parking kereta luas , tempat duduk santai di halaman homestay & banyak lagi..! LOKASI yang Terletak di Pekan Bukit Payong adalah lokasi yang sangat strategik untuk keselesaan saya & sekeluarga mengunjungi & melawat destinasi menarik di sekitar Terengganu sempena Visit Beautiful Terengganu 2017.. Seronoknya.. Melayari internet sambil ditemani kicauan burung dan kehijauan pepohonan merimbun di homestay Ummi..Homestay ummi memenuhi cita rasa saya malah harga nya jauh beza lebih murah dari hotel 5bintang ditambah lagi kualiti servis serta ruang homestay yg luas..cantik...modem....serta, layan mesra Tuan Rumah buat saya selesa memilih homestay ummi. �NAK TAHU TAK APA BEZA BULAN DENGAN Homestay Ummi? BEZA NYA BULAN BERCAHAYA KAT BUMI,TAPI HOMESTAY UMMI BERCAHAYA KAT DALAM HATI SAYA� �NAK TAU TAK APA BEZA HABUK DENGAN HOMESTAY UMMI? BEZA NYA HABUK MELEKAT PADA MATA SAYA,TAPI HOMESTAY UMMI MELEKAT PADA HATI SAYA� �NAK TAU TAK APA BEZA BANDUAN DENGAN HOMESTAY UMMI BEZA NYA BANDUAN TERPERANGKAP DALAM PENJARA,TAPI HOMESTAY UMMI TERPERANGKAP DALAM HATI SAYA� �KALAU TUKANG KAYU MEMAHAT CORAK DAN UKIRAN PADA KAYU. SAYA MEMAHAT NAMA HOMESTAY UMMI PADA HATI SAYA� �NAK TAU TAK APA BEZA HOTEL DENGAN HOMESTAY UMMI BEZA NYA HOTEL HARGA MAHAL TP KUALITI BIASA BIASA TAPI HOMESTAY UMMI HARGA KASIH SAYANG KUALITI TERBAIK SANGAT� �ALHAMDULILLAH. TERIMA KASIH BANYAK2 KERANA MENGANJURKAN CONTEST INI DAN SUDI BERKONGSI REZEKI DENGAN KAMI. SEMOGA OWNER HOMESTAY UMMI DILIMPAHKAN REZEKI YANG MELIMPAH RUAH,DIBERKATI DIDUNIA DAN DIAKHIRAT DAN SEMOGA TERUS MAJU DALAM APA JUA. AAMIIN� �Ummu Qosem �Ummy Fitri �Lisa Mohd Shariff SAHABAT SPORTING JOM LIKE & FOLLOW PAGE @HOMESTAY UMMI H� ���� #3TahunHomestayUmmi

    thumb Cik Rabiyatul
    9/13/2017
  • 5 star review  Homestay yg cukup selesa dan mendamaikan. Layanan yang mesra - seperti balik kampung sendiri. Berbaloi bayar dapat 3 bilik daripada stay kat hotel. TQ Homestay Ummi.

    thumb EL Venousa
    11/27/2014

    5 star review  Recemonded!!!! Selesa ..umah cantik..kemas.. mendamaikan.. sentral.... fasiliti 5 star... kedai 24jam dobi restoran dan lain2

    thumb Hasan Hashim
    10/02/2016

    5 star review  1- Homestay Ummi mula beroperasi pada Tahun 2014.. 2- Homestay ummi adalah penginapan terbaik kerana penginapan yang sangat selesa serta berdekatan dengan tempat beriadah dan pemandangan yang sungguh cantik sekali..���� #3TahunHomestayUmmi

    thumb Lara Hati Sakura
    9/15/2017

Testimoni berdasarkan review sebenar pelanggan di FB Page Homestay Ummi

Pertanyaan & Tempahan

Ingin bercuti bersama keluarga atau untuk penginapan sempena majlis-majlis keraian, jadikan Homestay Ummi sebagai pilihan anda.
Hubungi kami untuk pertanyaan dan tempahan.